Padang rapat Setia lingkup angkara BN!
Pada 9 hingga 10hb. Mac 2013 yang lepas, BN dengan kerjasama beberapa
organisasi NGO telah mengadakan karnival di Padang Rapat Setia.
Difahamkan khemah-khemah disewakan selama 2 hari kepada peniaga-peniaga
dengan kadar RM200. Acara yang berlangsung indah khabar dari rupa.
Kelihatan khemah-khemah jualan tidak mendapat sambutan dari penduduk
setempat. Boleh dikatakan khemah lebih 'ramai' dari manusia. Ini
merupakan karnival yang paling teruk aku pernah lihat sejak
berpuluh-puluh tahun kebelakangan ini.
Di samping karnival, juga diadakan pertandingan Battle of the Bands dan pertandingan Ratu Pakaian Tradisional. Setiap kumpulan yang ingin turut serta dalam Battle Of The Bands dikenakan yuran sebanyak RM50. Tidak dapat dipastikan apakah tujuan yuran tersebut padahal difahamkan penganjur karnival ini mendapat peruntukan yang besar untuk menganjurkan karnival ini
.
Disebabkan pada malam sebelumnya hujan turun dengan lebatnya, padang
Rapat Setia menjadi becak. Sudahlah becak, mereka tidak mempedulikan
situasi itu malah membawa lori kontena masuk ke dalam padang hingga
menyebabkan lori itu tersangkut akhirnya dan tidak dapat dikeluarkan.
Mengikut perancangan, kontena itu pada asalnya adalah pentas untuk
kumpulan yang menyertai pertandingan membuat persembahan. Apabila lori
kontena itu tersangkut, rancangan terpaksa ditukar dengan peserta
terpaksa membuat persembahan di atas gelanggang simen tanpa pentas.
Padang yang ditenggelami air hujan akhirnya menjadi seperti sawah padi
angkara lori kontena itu. Apa yang dikesalkan, penganjur meninggalkan
padang itu dalam keadaan berlopak tanpa ditimbus dengan tanah atau
pasir. Ia menyebabkan padang itu jadi kolam dan boleh menjadi sarang
pembiakan nyamuk aedes.
Pada hari terakhir, Menteri Pertahanan, Dato' Zahid Hamidi datang Dewan Koperasi Rapat Setia yang bersebelahan dengan padang untuk merasmikan karnival tersebut. Tetapi difahamkan karnival tersebut memang tidak mendapat sambutan dari penduduk Rapat Setia yang kini dianggap sudah menjadi kubu kuat pembangkang.
Walaupun orang yang hadir tidak ramai, ia masih tidak cukup untuk memberikan imej yang buruk terhadap parti itu apabila pihak penganjur membiarkan sampah bertaburan di atas padang tanpa dikutip. Malah untuk memudahkan kerja, mereka longgokkan sampah itu di tepi pokok dengan harapan ada pihak lain yang datang mengutipnya. Lihatlah gambar-gambar yang baru diambil pada petang ini (24hb Mac) iaitu setelah 2 minggu acara selesai. Masih tiada pihak yang merasakan mereka bertanggungjawab terhadap sampah sarap yang bertaburan di padang.
Sebenarnya pemilihan lokasi ini untuk mengadakan karnival politik BN adalah suatu kesilapan besar. Sikap penganjur yang pengotor juga akhirnya membuatkan BN parti yang semakin tidak popular di kalangan penduduk Rapat Setia. Mungkin selepas artikel ini keluar, mereka akan cepat-cepat bersihkan padang ini. Itulah sikap typical BN.
Di samping karnival, juga diadakan pertandingan Battle of the Bands dan pertandingan Ratu Pakaian Tradisional. Setiap kumpulan yang ingin turut serta dalam Battle Of The Bands dikenakan yuran sebanyak RM50. Tidak dapat dipastikan apakah tujuan yuran tersebut padahal difahamkan penganjur karnival ini mendapat peruntukan yang besar untuk menganjurkan karnival ini
.
Kesan yang ditinggalkan tayar lori kontena |
Kerja mudah, longgok saja di tepi pokok |
Pada hari terakhir, Menteri Pertahanan, Dato' Zahid Hamidi datang Dewan Koperasi Rapat Setia yang bersebelahan dengan padang untuk merasmikan karnival tersebut. Tetapi difahamkan karnival tersebut memang tidak mendapat sambutan dari penduduk Rapat Setia yang kini dianggap sudah menjadi kubu kuat pembangkang.
Sampah sarap yang sebabkan longkang tersumbat |
Walaupun orang yang hadir tidak ramai, ia masih tidak cukup untuk memberikan imej yang buruk terhadap parti itu apabila pihak penganjur membiarkan sampah bertaburan di atas padang tanpa dikutip. Malah untuk memudahkan kerja, mereka longgokkan sampah itu di tepi pokok dengan harapan ada pihak lain yang datang mengutipnya. Lihatlah gambar-gambar yang baru diambil pada petang ini (24hb Mac) iaitu setelah 2 minggu acara selesai. Masih tiada pihak yang merasakan mereka bertanggungjawab terhadap sampah sarap yang bertaburan di padang.
Sebenarnya pemilihan lokasi ini untuk mengadakan karnival politik BN adalah suatu kesilapan besar. Sikap penganjur yang pengotor juga akhirnya membuatkan BN parti yang semakin tidak popular di kalangan penduduk Rapat Setia. Mungkin selepas artikel ini keluar, mereka akan cepat-cepat bersihkan padang ini. Itulah sikap typical BN.
Muka2 perosak
Tiada ulasan:
Catat Ulasan