Beliau berkata, bukan setakat isu calon semata-mata, barisan kepimpinan Pemuda Pas sebelum ini dilihat agak ke hadapan dalam membincangkan pelbagai topik dan masalah setempat.
“Saya tidak rasa ia perkara serius kerana pengumuman itu dibuat secara dalaman dalam kalangan Pemuda. Kadang-kadang mereka ini bertindak secara nakal juga. Mendahului yang lain,” katanya.
Beliau berkata, sehingga kini, pihaknya hanya memberi tumpuan terhadap Dun Pasir Panjang, iaitu kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).
Malah menurutnya, beberapa program bersama masyarakat terus diatur di Dun Pasir Panjang sebagai usaha mendekati pengundi.
Selain menang di Pasir Panjang, Mohamad Nizar yang dilantik sebagai Menteri Besar selepas Pakatan Rakyat (PR) dibentuk pada 2008 lalu turut menang di kerusi Parlimen Bukit Gantang pada pilihan raya kecil, 7 April 2009, menggantikan calon Pas, Roslan Shaharum yang meninggal dunia pada Februari 2009.
Mengulas lanjut, Mohamad Nizar berkata, sehingga kini belum ada sebarang kenyataan dikeluarkan berkenaan perkara itu, namun beliau menghormati apa yang dinyatakan barisan Pemuda Pas Perak.
“Saya juga tidak tahu keputusan akhir nanti. Semua bergantung kepada Majlis Pimpinan PR. Saya hanya dimaklumkan buat masa ini, masih lagi ‘pegang’ Dun Pasir Panjang,” katanya. - sinarharian
P/S: hahaha. Tau gayat! Sebelum ni aku dah sentuh di SINI
Caner pun, pasal letih aku buat. Jom tengok sekali lagi. hahaha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan