Jom menganalisa (ikut suka aku):
Kekuatan
BN
PRKekuatan
BN
- Mampu memperlihatkan keprihatinan Najib, UMNO dan BN dan kepada rakyat.
- Anwar terpaksa mempertahan serangan Najib kononnya beliau bersekongkol.
Kelemahan
BN
- Kes Lahad Datu memperlihatkan kelemahan pimpinan BN membuat keputusan sertamerta dalam kes mempertahankan negara. (PR untung. Tak payah buat kerja!)
- Dalam kes ini, PR sepatutnya memberikan idea untuk menyelesaikan masalah. Langkah mengutuk memperlihatkan sedikit sebanyak PR 2 x 5 BN!
BN
- Berpeluang untuk mempamerkan kecerdikan tetapi terlampau berpolitik akhirnya memperlihatkan kelemahan.
- Peluang datang percuma. Pengundi melihat kelemahan BN untuk mengalihkan sokongan kepada PR.
BN
- Kes Lahat Datu menjadikan konsep transformasi Najib gagal sepenohnya.
- Kes Lahad Datu membuatkan pengundi sedar majoriti ahli politik PR memang tak berkualiti 2 x 5 BN!
Baca berita di bawah:
Walaupun pelbagai pihak membuat andaian bahawa pengundi sudah tentu yakin Anwar berada di pihak benar dengan pengakuan bapa Saiful Bukhari itu, namun ia tidak sesekali menjejaskan keyakinan rakyat terhadap parti pemerintah.
Setiausaha Biro Penerangan Umno Terengganu, A Latiff Awang berkata, selain isu itu tidak mempunyai kaitan dengan Umno, pengakuan yang dibuat Azlan juga dinafikan Saiful Bukhari sendiri dengan mendakwa bapanya sebagai ‘mangsa kerakusan politik makhluk bernama Anwar Ibrahim.
“Petunjuk dalam isu ini bukannya ayah Saiful Bukhari tetapi Saiful Bukhari sendiri. Bukti yang diberikan melibatkan DNA dan Saiful Bukhari juga sanggup sumpah laknat.
“Pengakuan yang dibuat bapanya itu tidak penting kerana yang terlibat bukan ayah tetapi anaknya dan pengakuan yang dibuat Saiful Bukhari untuk tidak menarik balik dakwaannya terhadap Anwar sudah cukup membuktikan perkara itu berlaku,” katanya kepada Sinar Harian, di sini.
Dalam masa sama, A Latiff tidak menolak isu tersebut berkemungkinan mahu menutup isu-isu lain yang pernah dikaitkan Anwar menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Jelasnya, pengakuan Azlan juga dilihat seolah-olah wujud pihak tertentu yang cuba menonjolkan imej Anwar yang lebih bersih selepas terpalit dengan pelbagai kontroversi dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang.
“Kita harap rakyat berfikiran matang dan tidak dipengaruhi oleh sentimen politik kerana sebelum ini pun, sudah banyak isu yang dikaitkan dengan Anwar dan mereka sudah kenal siapa Anwar,” katanya.
Dalam laporan Sinar Harian kelmarin, Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, isu itu akan mendapat perhatian rakyat jika dibuat Saiful Bukhari sendiri.
Menurutnya, jika benar wujud konspirasi seperti yang didakwa, perkara itu akan dimaklumkan oleh anak dan bapa secara bersama. - SinarHarian
P/S: Untuk baca cerita Bapa Saiful masuk PKR, lihat SINI
1 ulasan:
Salam Chor
Yong tak kenal Anwar Ibrahim. Tetapi sebagai orang Islam, Yong berpegang teguh kepada bukti sahih! 4 orang saksi. Takde bukti maknanya fitnah. Sesiapa yang percaya kepada fitnah dan turut menyebarkan fitnah dia kena jawab le kat akhirat nanti kot tak minta maaf pada yang difitnah.
Yong apply pendirian ini sama denga kes pembunuhan altantuya. Kalau tidak dapat bukti NR terlibat, maka Yong takkan fitnah demer, walaupun Yong menyampah.
Catat Ulasan