Media Filipina siasat dakwaan konspirasi
Pemimpin Filipina berkata satu siasatan akan dijalankan ke atas
konspirasi di sebalik pencerobohan kumpulan bersenjata Sulu ke Sabah
untuk mengenalpasti punca keganasan yang berlaku.
Jurucakap timbalan presiden negara itu, Abigail Valte memberitahu stesen
radio dzRB bahawa presiden Benigno Aquino III berhasrat untuk
menjalankan siasatan itu selari dengan usaha untuk menyelesaikan krisis
berkenaan secara aman.
Portal berita PhilStar juga memetik kenyataan Valte bahawa usaha
berkenaan selari dengan tuntutan setiausaha agung Pertubuhan
Bangsa-bangsa Bersatu Ban Ki Moon agar untuk menghentikan
pertentangan dengan segera.
Laporan hari ini juga menyebut, pegawai istana presiden sebelum ini
mempersoalkan keupayaan 'Kesultanan Sulu' untuk membiaya pencerobohan
Sabah dan percaya pengikut berkenaan didorong dengan janji untuk
mendapatkan habuan sebanyak $600 setiap seorang.
Ia menyebut, pihak berkuasa Filipina juga menyiasat kemungkinan bahawa
ekspedisi bersenjata itu cuba memalukan kerajaan Malaysia dan Filipina
dan menggunakannya dalam tuntutan kesultanan itu di Sabah.
Biro siasatan kebangsaan negara itu dilaporkan melancarakan siasatannya
dua hari lalu dengan memanggil penasihat kesultanan itu Pastor ‘Boy'
Saycon untuk siasatan, sementara Aquino dijangka akan memaklumkan kepada
Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak berhubung pemimpin
konspirasi berkenaan, seperti yang didakwa.
Bagaimanapun, jurucakap 'Sultan Sulu' Jamalul Kiram, Jacel Kiram
menafikannya dan mendakwa "konspirasi sebenar" adalah di antara Najib
dan Aquino.
Beliau sepertimana dilaporkan mendakwa, perkara ini adalah untuk
membantu rundingan di antara kerajaan Filipina dan militan Moro
Independent Liberation Front dan pada masa yang sama mengalihkan
perhatian orang ramai daripada keganasan yang berlaku di Sabah.
"Teori konspirasi ini adalah satu penghinaan kepada rakyat Filipina dan
kepada kesultanan Sulu, lebih-lebih lagi kepada Raja Muda (Azzimudie
Kiram, yang mengetuai hampir 200 orang pencerobh di Sabah) dan
rakyatnya," kata Jacel kepada media Filipina semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan