oleh: Yong
pemegang saham utama MYEG Services Berhad adalah Dato’ Raja Munir Shah bin Raja Mustapha. Dato’ Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif UMNO Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong sehingga kini
Sumber Shalehudin
Blim adalah slanga untuk hash atau marijuana. Kesan menggunakan bahan ini pengguna akan menunjukkan symptom seperti berikut:
Otot yang gagal berkordinasi, pertuturan tidak jelas, loya, muntah, sembelit, cirit-birit dan kemerahan mata. Pengguna juga mengalami kelemahan dari segi tumpuan, ingatan, keupayaan memandu, kestabilan, keseimbangan dan keupayaan untuk memproses maklumat dan penghakiman ketara terjejas. Pengguna seolah-olah berasa tenang, santai, suka bercakap dan pening. Pengguna mengalami paranoia dan reaksi panik. Mungkin wujud gejala memburukkan orang bagi mereka yang memiliki sindrom gangguan psikiatri, terutamanya skizofrenia. Jika minat baca seterusnya di sini.
Ada komer nampak sesapa yang memiliki symptom penggunaan BLIM?

BLIM = HASH |
Ketua Pemuda UMNO meh tolong bagi pencerahan. Ini BL1M atau BLIM? Oh?
Tak tahu apa BLIM? Biasanya orang muda yang mabuk BLIM. Kenapa orang
muda ajer? Kerana yang mabuk BLIM selalunya tak sempat tua - dah gol.
Baca ini dulu, kemudian baca tentang penggunaan blim di hujung halaman ini.
Baca ini dulu, kemudian baca tentang penggunaan blim di hujung halaman ini.
BL1M – Satu Lagi Projek yang Memperkayakan Kroni UMNO
Pada 31hb Januari
2013, BL1M (Bantuan Lesen 1 Malaysia) yang dianjurkan oleh Pemuda UMNO
telah dilancarkan oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak.
Program ini dikatakan akan mengurangkan beban golongan belia yang ingin
memiliki lesen motosikal (kelas B2), dengan pengurangan yuran ujian dari
RM261 kepada RM199. MYEG Services Berhad telah dilantik untuk mentadbir
dan melaksanakan program tersebut.
Namun, setelah
meneliti dokumen-dokumen dan maklumat berkenaan, pihak kami mendapati
bahawa BL1M merupakan satu penipuan! Ia adalah satu program yang
bertujuan untuk mengaut keuntungan dan memperkayakan kroni UMNO.
Kerajaan atau pihak Pemuda UMNO langsung tidak mengeluarkan sebarang
dana untuk membantu anak muda mendapat lesen. Pengurangan sebanyak RM62
(dari RM261 kepada RM199) itu terpaksa ditanggung sepenuhnya oleh
pengusaha-pengusaha institut memandu.
IM tanggung kerugian, MYEG mengaut keuntungan
Apa yang lebih
memeranjatkan adalah yuran RM199 yang dibayar kepada MYEG Services
Berhad tidak diberikan sepenuhnya kepada pengusaha institut memandu.
Menurut surat yang dikeluarkan oleh Persatuan Institut Memandu Malaysia
(PIMA), MYEG hanya menawarkan harga yang amat rendah iaitu RM100 setiap
orang calon kepada pengusaha institut memandu. Ini bermakna para
pengusaha institut memandu terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM161
(dari RM261 kepada RM100) untuk menyediakan lesen untuk peserta BL1M
ini.
Walaupun MYEG
mengambil RM99 dari setiap peserta BL1M, kami difahamkan bahawa MYEG
hanya menyediakan ujian undang-undang berkomputer untuk para peserta
BL1M, di mana harga ujian tersebut hanya RM17. Sekiranya peserta berjaya
lulus ujian dalam cubaan pertama, MYEG akan mendapat keuntungan bersih
sebanyak RM82. Jika sasaran Pemuda UMNO tercapai, iaitu seramai 500 ribu
anak muda menyertai program ini, MYEG akan mendapat keuntungan puluhan
juta dengan kadar sekelip mata.
Setelah carian
syarikat dilakukan, kami dapati bahawa salah seorang pemegang saham
utama MYEG Services Berhad adalah Dato’ Raja Munir Shah bin Raja
Mustapha. Dato’ Raja Munir Shah merupakan seorang pemimpin aktif UMNO
Pulau Pinang. Beliau pernah menjawat jawatan Ketua Pemuda UMNO Bahagian
Tanjong, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pulau Pinang, ahli majlis MPPP dan
sebagainya. Beliau merupakan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Tanjong
sehingga kini.
Keselamatan jalanraya dikompromikan
Selain daripada
penyelewengan yang melibatkan kroni UMNO, program ini juga akan membawa
natijah yang negatif kepada keselamatan jalanraya. Oleh sebab
pengusaha-pengusaha institut memandu terpaksa menerima yuran yang tidak
mencukupi, kualiti pengajaran dijangka akan menurun. Sebelum kualiti
pengajaran menurun, kemalangan yang melibatkan penunggang motosikal
sudah mencapai 70%. Sekiranya BL1M ini dilaksanakan, pastinya peratusan
kemalangan motosikal akan naik mendadak.
Sebelum ini,
Kementerian Pengangkutan begitu prihatin kepada keselamatan jalanraya,
sehingga AES yang mendapat bantahan hebat tetap dilaksanakan. Kenapa
tidak ada sebarang respon daripada Menteri dalam hal ini?
Integriti ala Najib
Kami mengecam
sekeras-kerasnya pelaksanaan program BL1M yang mempunyai unsur penipuan.
Kami juga berasa kecewa dengan Pemuda UMNO yang sanggup menggadaikan
keselamatan anak-anak muda di jalanraya semata-mata hendak mengaut
keuntungan. Justeru itu, kami mendesak Menteri Pengangkutan agar jangan
menjadi boneka kepada Pemuda UMNO dan memberhentikan program ini dengan
kadar segera.
Penyelewengan ini
telah memberi satu tamparan besar kepada Dato’ Seri Najib yang baru
menandatangani Ikrar Integriti Pilihanraya melalui Transparency
International Malaysia. Program yang seharusnya membantu rakyat akhirnya
dijadikan program yang memperkayakan kroni, apakah ini yang dimaksudkan
oleh Najib sebagai integriti?
Sekiranya Dato’ Seri
Najib ikhlas dalam membanteras rasuah dan mempertingkatkan integriti,
beliau wajib mengambil tindakan tegas terhadap orang yang
bertanggungjawab atas program ini.
YB CHANG LIH KANG
Ahli Majlis Pimpinan Pusat
ADUN Teja
Blim adalah slanga untuk hash atau marijuana. Kesan menggunakan bahan ini pengguna akan menunjukkan symptom seperti berikut:
Otot yang gagal berkordinasi, pertuturan tidak jelas, loya, muntah, sembelit, cirit-birit dan kemerahan mata. Pengguna juga mengalami kelemahan dari segi tumpuan, ingatan, keupayaan memandu, kestabilan, keseimbangan dan keupayaan untuk memproses maklumat dan penghakiman ketara terjejas. Pengguna seolah-olah berasa tenang, santai, suka bercakap dan pening. Pengguna mengalami paranoia dan reaksi panik. Mungkin wujud gejala memburukkan orang bagi mereka yang memiliki sindrom gangguan psikiatri, terutamanya skizofrenia. Jika minat baca seterusnya di sini.
Ada komer nampak sesapa yang memiliki symptom penggunaan BLIM?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan