Hayat Kerajaan BN Berakhir Sabtu 9 Mac 2013?
Walaupun
Kerajaan Persekutuan yang diterajui Barisan Nasional (BN) akan
meneruskan hayatnya Jumaat ini, genap lima tahun selepas Pilihanraya
Umum 2008 diadakan, kesahihannya dari segi politik boleh dipersoal, kata
pakar perlembagaan.
“BN
berada di dalam kerajaan dari 9 Mac hingga 28 Jun, 2013 adalah mengikut
Perlembagaan dan sah di sisi undang-undang, tapi dari segi kesahihan
politik dan autoriti moral di dalam persoalan.
"Pengundi
boleh secara sah berkata secara majoriti mereka mengundi untuk kerajaan
BN pada 8 Mac, 2008 untuk memerintah selama 5 tahun, dan jika kerajaan
tersebut memilih untuk mendapatkan mandat baru dalam tempoh tersebut, ia
akan menjadi caretaker government (kerajaan sementara),” kata peguam Tommy Thomas dalam satu artikel beliau yang disiarkan Malaysiakini.
Menurut
Tommy, sesi parlimen kali ini akan berakhir pada 28 April, dan
pilihanraya umum mesti diadakan dalam tempoh 60 hari, iaitu sebelum 28
Jun berakhir.
Namun
demikan, beliau berkata sekiranya pentadbiran Perdana Menteri, Najib
Altantuya ingin mengekalkan tradisi untuk mengadakan pilihanraya DUN dan
parlimen serentak, maka parlimen perlu dibubarkan awal sebelum 26 Mei.
Ini
kerana 26 Mei ialah hari terakhir untuk Negeri Sembilan mengadakan
pilihanraya, kerana sesi Dewan Undangan Negerinya akan terbubar sendiri
pada 26 Mac.
Tommy
berkata sistem ala-Westminster yang digunakan di Malaysia bermaksud
Perdana Menteri boleh menentukan tarikh pilihanraya, termasuk ingin
mengadakan pilihanraya lebih awal.
Beliau
mengimbas kembali kuasa istimewa ini di mana semua bekas Perdana
Menteri termasuk Abdullah Ahmad Badawi telah membubarkan parlimen lebih
awal.
“Jadi
mengapa Najib Altantuya masih tidak menggunakan hak istimewa ini untuk
menasihati Agong untuk membubarkan parlimen sebelum tarikh luputnya, dan
kemudiannya diikuti dengan pilihanraya umum ke 13? Hanya satu jawapan
untuk itu, BN takut ditewaskan,” kata Tommy.
Beliau
turut berkata hubungan antara politik dan perniagaan mungkin
memperkukuhkan kepercayaan kepada teori bahawa kerajaan ingin untuk
memasuki kontrak yang memberi manfaat kepada tabung politik mereka
menjelang pilihan raya. - Jalan Pulang
Potensi tangguh PRU nampaknya dah ada angin2, Baca:
PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak menolak kemungkinan
proses pilihan raya di Lahad Datu dan Semporna, Sabah akan ditunda
sekiranya konflik di kawasan itu berterusan dan diisyhtiharkan darurat
oleh pihak berkuasa.
"Itu tidak mustahil. Kawasan yang tidak terlibat, aman damai patut diteruskan," ujar pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof pada sidang media di ibu pejabat SPR, di sini, hari ini.
Menyatakan kesediaan suruhanjaya itu untuk mengadakan pilihan raya dalam apa jua keadaan, Aziz bagaimanapun yakin insiden pencerobohan yang berlaku di negeri Sabah itu akan berakhir dalam masa terdekat.
"Kita tidak tahulah akan datang dan bukannya (pilihan raya) hendak dibuat dalam masa terdekat ini.
"Saya yakin konflik ini, masalah ini akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat," ujarnya lagi.
Dilaporkan keadaan di kedua-dua daerah itu sudah kembali terkawal.
Dilaporkan juga sekolah-sekolah yang ditutup bermula 1 Mac lalu, sudahpun dibuka semula.
Menurut Aziz lagi, penundaan tarikh pilihan raya di dua kawasan ini jika darurat diisyhtiharkan berlaku, masih tertakluk kepada peraturan-peraturan yang digariskan.
"Jika darurat dan kita lihat pula peraturan-peraturan perintah darurat itu, maka SPR akan mengambil pertimbangan tentang perkara itu sebelum membuat keputusan muktamad tentang pilihan raya umum di kawasan itu," ujarnya - sinar harian.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan