Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

31 Mac, 2013

PR akan merana jika pengundi muda boikot PRU13!



Jika ini berlaku, padan muka  Azmin Ali (timbalan Presiden PKR) khasnya dan padan muka kepada Pakatan Rakyat amnya.

 

Baca:


INI AMARAN.
Sudah dua hari ku pujuk hati agar jangan menulis tentang hal ini.Dua hari ini juga menyebabkan hati dan jiwaku sakit. Namun hati tanpa pengetahuan warasku telah mengarahkan tangan agar tulis. Alasan hatiku ialah perkara ini sangat melukakan, ia sangat bersejarah, ia mampu membayangkan akan kebobrokan masa depan yang mungkin anak anak generasi akan datang terkena.

Aku mula mengkagumi Chegu Bard pada era reformasi. Era di mana bermulanya Umno bukan lagi malaikat yang sentiasa betul. Mahathir pada ketika sebelumnya dianggap manusia paling bijak. Semua kebaikan kebaikan yang ada di dunia Malaysia ini berasal daripada otak hanyirnya. Aku mengikuti perkembangan Chegu Bard dalam mendombrak semangat anak muda melawan kezaliman yang mana kezaliman utama Mahathir ketika itu ialah membuang insan kamil Anwar Ibrahim. 


 


Banyak perkembangannya aku ikuti melalui blognya. chegubard.blogsport
com. Semasa beliau di Korea, kami berutus email dan sebagainya. Semasa itu, Che Guevara merupakan ikon anak muda dan Chegu Bard juga mengikonkan dia. Aku rasa anak muda ini sangat cool dan kena dengan jiwa aku.

Selepas aku ditangkap kerana bersih 2.0 aku berkesempatan bertemu dengan Chegu Bard ini. Dalam satu ceramah yang dianjurkan oleh pemuda Pas Kelantan yang dibuat di Bachok, aku diperkenalkan oleh Topeng Perak Unmasked dan Md Hazwan H kepada Chegu Bard. Malam itu kami berbual panjang. Chegu Bard bertanyakan tentang perjalanan kes aku dan sebagainya. bertukar nombor telefon, lalu kami akrab.

Kemudian, aku banyak terlibat dalam gerakkan massanya iaitu Solidariti Anak Muda Malaysia ( SAMM). Gerakan ini cukup berjiwa muda. Kami menjadikan gerakan ini sebagai pemacu arah dalam menjatuhkan regim Umno. Kami bergerak di atas bantuan orang ramai menyelak dan membilang kesalahan Umno sehingga menjadikan rakyat sedar dan tahu akan kejahatan Umno selama ini.

Hati kecilku selalu berkata dan berharap, suatu hari nanti Chegu Bard akan menjadi seseorang di dalam kepimpinan negara. Beliau sangat layak. Keyakinan aku ini sebenarnya dikongsikan oleh berjuta rakyat Malaysia yang berazam menjatuhkan regim hari ini.

Dua hari lepas melalui blognya http://chegubard.blogspot.com/2013/03/chegubard-sedia-untuk-menjadi-jentera.html?m=1 Chegu Bard mengisytiharkan yang beliau tidak akan bertanding dalam PRU kali ini. PRU yang merupakan ibu segala PRU ini tidak akan disertainya sebagai calon. Aduh, apalah malangnya nasib Malaysia disaat insan yang menghabiskan seluruh jiwa dan raganya kepada perjuangan menentang regim tidak diambil kira untuk dijadikan sebagai calon.

Secara benarnya, jika keputusan ini diambil kerana beliau tidak layak, aku akan meragui otak jawatankuasa pemilih, namun jika keputusan ini dibuat kerana ada sabotaj di kalangan atasan untuk membantutkan perjuangan Chegu Bard, kami anak muda tidak teragak agak untuk memulau pilihanraya kali ini. Aku berani berkata begini kerana, pemimpin yang bakal berada diatas untuk menggantikan regim yang akan datang hampir serupa dengan yang ada hari ini. Mereka masih mengekalkan jiwa dan siasah kezaliman.

Bukan merajuk, jika benar keputusan ini terhasil daripada kejahatan di atas, cukuplah perjuangan itu. Kamu masih belum ikhlas untuk menumbangkan regim, malah kamu sebenarnya berjuang untuk tembolok kamu sendiri.

Kepada Chegu Bard, seikhlasnya dari hati nuraniku berharap agar Chegu Bard menarik balik keputusan yang dibuatnya. INI AMARAN daripada seluruh anak muda di Malaysia.

Hj OsaMa

Sumber

1 ulasan:

samsul berkata...

amat setuju.......