Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

13 Mac, 2013

Apakah perasuah akan terus menjadi calon BN?

Sumber: Mkini




Perlakuan rasuah dan penyelewengan dalam pentadbiran 
Umno/Barisan Nasional di negeri-negeri yang
dikuasainya bukanlah suatu perkara
baru. Pengurusan hasil balak di negeri-negeri 
yang ditadbir Umno/Barisan Nasional 
yang terpalit dengan rasuah 
menjadi buah mulut rakyat dan 
pelbagai siasatan oleh pihak berkuasa.
Contoh yang baik ialah pengurusan balak di Terengganu di bawah YAB Dato’ Seri Ahmad Said. Saya dan YB Dr Syed Azman Syed Nawawi  telahmendedahkan modus operandi bagaimana syarikat-syarikat yang ingin turut serta di dalam tender mengeluarkan hasil balak dipaksa untuk membeli syarikat RM2 pada harga RM2.5 juta untuk dipertimbangkan.
Hari ini, saya menampilkan bukti bayaran bagaimana syarikat yangmenjadi mangsa terpaksa membayar deposit sebanyak RM1 juta kepada penama yang dipercayai mewakili
 kepentingan politik Umno di Terengganu.

Malah, penyelewengan pengurusan hasil balak di Terengganu ini telahmenjadi satu isu besar sehinggakan beberapa siasatan rasmi telah
dibuat oleh SPRM sendiri.
Saya sertakan dokumen penyiasatan rasmi yang mengesahkan bahawa SPRM telah membuka fail dan menjalankan siasatan atas beberapa aduan yang diterima.
(Sila rujuk dokumen rasmi SPRM 
mengesahkan bahawa kes ini telah
disiasat oleh SPRM)
Sehingga sekarang, tidak ada sebarang maklumat atau pendakwaanwalaupun bukti pembayaran adalah jelas dan perjanjian-perjanjian yangditandatangani secara jelas mengaitkan pembelian syarikat RM2 dengantender mengeluarkan hasil balak di Terengganu.

Malah, saya tidak mendapat apa-apa maklumbalas pun dari Dato’ Seri Ahmad Said sendiri mengenai skandal balak ini, yang berlaku di bawah pentadbiran beliau dan banyak keputusannya ditentukan oleh beliau sendiri.
Siasatan dan skandal terbaru yang melibatkan Dato’ Seri Ahmad Said ini hanyalah satu dari beberapa siri yang mengaitkan pimpinan Umno. Selain beliau, pimpinan-pimpinan tertinggi 
Umno yang berikut adalah terpalit dengan tuduhan rasuah atau siasatan SPRM bersabit rasuah:
1.      Dato’ Seri Shahrizat Jalil, 
Ketua Wanita Umno
2.      Dato’ Seri Musa Aman, 
Ketua Menteri Sabah
3.      Dato’ Seri Nazri Aziz, 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri
4.      Dato’ Seri Mohamad Hassan,
 Menteri Besar Negeri Sembilan
5.      Pehin Seri Abdul Taib Mahmud, 
Ketua Menteri Sarawak
6.      Dato’ Seri Ahmad Said, 
Menteri Besar Terengganu
7.      Dato’ Awang Adek Hussin, 
Timbalan Menteri Kewangan
8.      Dato’ Seri Shafiee Afdhal,
 Menteri Luar Bandar
Jika Dato’ Seri Najib benar-benar jujur untuk meletakkan calon yangbersih dan boleh diterima rakyat, maka dia harus memberi komitmen untuk menggugurkan pemimpin 
Umno ini dari menjadi calon dalam pilihanraya akan datang – bukan sekadar menghantar nama untuk disemak oleh SPRM.
Jika Umno tidak bersedia untuk menggugurkan pimpinan ini, terbukti bahawa Umno tidak serius untuk meletakkan calon yang bersih dan boleh menang (winnable) seperti yang disebut-sebut Dato’ Seri Najib sendiri.
 RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI
12 MAC 2013



























Tiada ulasan: