oleh: Yong
Sama ada bapa Saiful nak mengaku atau tak mengaku Liwat II itu rekaan,
Yong tak kisah. Bukannya kerana Yong tak kisah pada PR atau PKR atau
Anwar Ibrahim dan keluarga. Tapi kerana Yong percaya Liwat II itu
sememangnya rekaan semata-mata adanya.
Dulu, semasa kes ini sedang hot di mahkamah, seorang rakan Yong buka
cerita tentang DNA Anwar Ibrahim. Rakan Yong ini seorang doktor,
bersuamikan seorang VIP ameno. Jadi, inside story ameno dia tahu. Dia
sendiri masih memegang kad keahlian ameno for business purpose. Tapi
hatinya tiada pada parti itu, kerana tak tahan dengan perangai Khir Toyo
dan isteri.
Okay, Yong tak nak melencong ke Khir Toyo. Ini bab Anwar Ibrahim.
Cerita doktor itu tentang DNA Anwar Ibrahim buat Yong yakin, Liwat II
ini sandiwara jer. Yong tak nak implicate doktor ini atau rakan
doktornya yang terpaksa menguji DNA Anwar Ibrahim. Kesian!
Lalu, siapa Yong cari untuk mendapat kepastian?
Yong tanya Pakcik Sifu Pekida!
Kenapa Pakcik Sifu Pekida?
Kerana Pakcik Sifu Pekida rapat dengan orang yang bersama Saiful dalam gambar di atas.
Kerana Pakcik Sifu Pekida rapat dengan ramai orang ameno, lebih-lebih
lagi penaung Pekida Abdullah Badawi. Masa Abdullah Badawilah Anwar
Ibrahim dibebaskan dari penjara.
Pakcik Sifu Pekida juga kenal Najib Razak dan Zahid Hamidi!
Pakcik Sifu Pekida juga kenal Najib Razak dan Zahid Hamidi!
Pakcik Sifu Pekida juga rapat dengan bekas orang ameno seperti Anwar Ibrahim, Azmin Ali dan lain-lain yang dah duduk dalam PKR.
Pakcik Sifu Pekida juga kenal orang ameno yang dah mati, bunuh diri atau yang merogol budak bawah umur.
Pendiknya Pakcik Sifu Pekida sangat terkenal di kalangan pemimpin ameno
dan tokoh korporat dari Pulau Pinang sampai ke Johor Bahru.
Yong tanya soalan direct jer:
"Betulke kes Anwar Ibrahim meliwat Saiful Bokhari?"
"Hisy! Iu semua fitnah!" Jawabnya.
Okay. Cerita-ceriti seterusnya, maaf yer, "They are for my ears only."
Sebab itu Yong tak kisah apa orang nak cakap tentang Liwat II. Lagipun,
kalau takde bukti, namanya fitnah juga. Jangan nak kata Yong pulak buat
fitnah sedangkan fitnah besar duduk di depan mata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan