Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

12 Mac, 2013

PKR Pasir Salak. Tak dapat jadi calon, masuk UMNO semula!



Kah kah kah! Macam pendapat aku SINI, tak dapat jadi calon semua pakat lompat parti masuk UMNO semula!

Dalam ceramah sebelum ni, pongpang2 dok cerita nak memakmurkan rakyat segala! Baru Anwar Ibrahim umum Calon parlimen Mustapha Kamil Ayub, DUN Sungai Manek serah semula pada PAS maka terbongkar semua tembelang! Citt! hahaha

Baca:

Sirih pulang ke gagang

SEBERANG PERAK - Seramai 378 ahli PKR Cabang Pasir Salak mengambil keputusan untuk keluar dari parti itu dan menjadi ahli Umno melibatkan, 348 ahli daripada PKR Ranting Felcra 1,2 dan 16 Ulu Derdap, manakala selebihnya dari kawasan Sungai Rusa, Seberang Perak.
Penyerahan borang keahlian Umno bagi bekas ahli PKR Ranting Felcra 1, 2 dan 16 dilakukan oleh bekas Setiausaha PKR Cabang Pasir Salak, Mokhtar Ridzuan, 70, manakala bekas Bendahari PKR Cabang Pasir Salak, Haniff Mat Rawi, 57, menyerahkan borang bagi bekas ahli PKR Ranting Sungai Rusa.

Mokhtar menyifatkan penyertaannya kembali ke dalam Umno ibarat sirih pulang ke gagang selepas meninggalkan parti itu untuk bersama PKR sejak 1999.

Beliau turut menegaskan keputusannya untuk kembali bersama Umnno tidak mendapat desakan atau tekanan daripada sesiapa, melainkan mengikut kata hatinya selepas melaksanakan solat sunat istikharah.

"Saya kembali bersama Umno dengan rela hati. Saya tidak menerima sebarang sogokan sama ada berbentuk wang ringgit atau apa sekali pun, sepertimana didakwa oleh sesetengah pihak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui semasa majlis penubuhan Umno Cawangan Taman Malinja Jaya dan penyerahan bolang ahli Umno kepada Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, di sini, kelmarin.

Hadir sama, Adun Sungai Manik, Datuk Zainol Fadzi Paharudin.

Tambah Mokhtar, beliau mengambil keputusan untuk kembali bersama Umno kerana melihat Pakatan Rakyat (PR) tidak mampu menjadi sebuah pakatan yang sehaluan sepertimana dilaluinya sendiri dalam sebuah mesyuarat pemilihan calon PR untuk kerusi Parlimen Pasir Salak.
"Pas mahu calon mereka di Dun Sungai Manik, sedangkan telah ditetapkan PKR akan mewakili kawasan itu, selain Parlimen Pasir Salak. Pas hanya mewakili Dun Kampung Gajah.

"Akibat perkara ini, berlaku perpindahan pengundi dari Dun Sungai Manik ke Dun Kampung Gajah yang memperlihatkan PKR dan Pas memang tidak boleh bersama," katanya yang juga Pengerusi Penaja Umno Cawangan Taman Malinja.

Beliau turut menjelaskan, selepas mengambil keputusan keluar parti, beliau menerima beberapa panggilan daripada kepimpinan PKR Cabang Pasir

Salak yang memujuknya agar tidak keluar PKR dan menunggu selepas pilihan raya umum (PRU).

Sementara itu, Tajuddin yakin lebih ramai ahli PKR akan keluar dari parti itu untuk menyertai Umno dan beliau berbesar hati menerima Mokhtar bersama rakan-rakannya kembali.

"Baru-baru ini ada ahli PKR di kawasan Kampung Gajah berjumpa saya dan menyatakan mahu menjadi ahli Umno. Hasrat itu amat dialu-alukan dan saya tegaskan, Umno bersedia menerima kepulangan anda pada bila-bila masa," katanya. - sinarharian

Dah baca? Jom baca apa komen Yong pulak!

Yong.

Ahli Parlimen yang tak tercalon sibuk mempromosi diri sendiri. Terkini dia buat gempak.

Kalau tak silap Yong dengor demer kata saban hari ramai ahli PKR dan PAS kawasan Pasir Salak dan Parit dah masuk ameno. Ater, kot dah masuk ameno sumernyer, ader lagi ker ahli PKR tu?

Dua gambar dibawah Yong ciluk dari Teluk Bakong Online. Ahli PAS dan PKR pakat-pakat naikkan bendera di Bota (Parlimen Parit), jiran Pasir Salak. Siapa pulak kata demer tak boleh bersama nih? Cumer Pakcik Mokhtar Ridzuan yang pegang keris karat ameno jer kata PAS-PKR tak boleh bersama.


AMK PASIR SALAK, YANG NAK KUOR PERGILER. YANG TINGGE BUAT KEROJER

HEBAT! HASIL KEROJER DEMER

Selain buat gempak sandiwara masuk ameno, demer jugak bakor bendera. Ini gambor bendera PAS di Pasir Salak yang jadi mangsa samseng ameno. Yong bersangka baik, samseng ini bukan ahli Pekida sebenornya. Almaklum, kununnya Tajuddin Abdul Rahman kan penaung Pekida? Isy! Takde orang lain ke Pekida nak lantik jadi penaung?
INI PULOK HASIL KEROJER PUOK DESPERADO (PAS PASIR SALAK)

Adun Sungai Manik tentu suka yang amat. Maklumle dia akan duduk di tempat Tajuddin (kalau menang ler). Hahaha...Tapi, cer komer perhati gambor di bawah ni. Kesian pakcik kat tengah tu...
NAPER MUKA DUA YB KELAT JER?
Yong mengambil pendirian yang positif mengenai perkara ini. Biorler demer yang hati masih kat ameno dan spy-spy demer kuor dari PKR dan PAS. Senang sikit nak urus. Sebabnya, bila dah ramei kuor, yang masih hati perut ameno tu makin kurang. Yong kata makin kurang, belum habih sebab spy terulung masih ada di dalam. Demer takkan kuor sampai last. Kalau UBN menang demer kuor. Kot kalah demer stay dan buat kerosakan lagi.
Oleh kerana itu, tak payahler kita kenang demer lagi. Yang masih iltizam bersama Pakatan Rakyat, buang ler sikap ego masing-masing. Moh rapatkan saf. Kerjasama!

Ingat! Kalau Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya, PAS dan PKR sama-sama menang!

Tiada ulasan: