Macam nak bagi lambat habis kes je!
- Angkatan
Tentera Malaysia (ATM) kini bertindak sebagai barisan kedua dalam
membantu mengawal keselamatan di pantai timur Sabah berikutan insiden
pencerobohan kumpulan bersenjata yang setakat ini mengorbankan lapan
anggota keselamatan dan 19 anggota kumpulan itu.Timbalan Menteri
Pertahanan Datuk Dr Abdul Latif Ahmad berkata pada ketika ini ATM
bertindak sebagai barisan kedua bagi meyakinkan tahap keselamatan rakyat
negeri itu.
"Sekarang ini ia (insiden) di bawah Kementerian Dalam Negeri...PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang diberi kuasa untuk menangani atau ketuai situasi itu.
"Buat masa ini, kami (ATM) hanya dalam keadaan siap siaga. Bila suruh ambil alih, kami ambil alih," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran buku Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di Kementerian Pertahanan di Kuala Lumpur hari ini.
Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan ATM dalam menangani insiden di Lahad Datu.
Abdul Latif berkata rakyat berhak mengetahui perkembangan dan maklumat yang tepat tentang apa yang berlaku di Sabah, namun berharap mereka tidak mengeluarkan sebarang spekulasi berhubung insiden itu.
Sementara itu, di Lahad Datu, Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin mengesahkan penambahan kekuatan logistik taktikal dan batalion dari luar Sabah dalam membantu polis menjaga keamanan di pantai timur negeri ini.
"Kami akan berkolaborasi dengan polis bagi menjaga keamanan dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya pada sidang akhbar di situ yang turut dihadiri Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Tinjauan Bernama di kawasan Felda Sahabat 17 di Lahad Datu mendapati pihak berkuasa keselamatan menempatkan unit kereta perisai di kawasan itu.
- Bernama
Walaupun cerita Lahad Datu tak habis2 lagi, rakyat Malaysia diharap jangan melupakan cerita di bawah:
ketika
seluruh negara sedang heboh perkatakan perihal ahli2 umno berketurunan Sulu
yang mempunyai ic dan pernah mengundi di Sabah sedang diburu dan memburu,
membunuh atau dibunuh..
aku masih terkesan dengan pengakuan PI Bala..
"..dalam perbualan saya dengan Aminah (Altantuya), dia beritau saya seperti berikut;
- bahawa dia bertemu Razak di Singapore bersama Najib Razak.
- bahawa dia juga bertemu Abdul Razak Baginda dan Najib Razak sewaktu makan malam di Paris.
- bahawa dia dijanjikan sjumlah USD 500 000 sebagai komisen kerana membantu dalam pembelian kapal selam di Paris.."
petikan dari buku The Black Rose - Deepak Jaikishan

Hahaha!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan