Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 Mac, 2013

Calon. PAS Kedah dah mula main kroni?


Mungkin ini suatu tindakan memastikan individu yang berkualiti menjadi calon untuk menjadikan pentadbiran negeri lebih berkesan di masa depan? Jika benar, sokong 100%!


Azizan Abdul Razak
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak
 
ALOR SETAR  -  Senarai calon Pas Kedah bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) didakwa ‘senarai haram’ kerana dibuat tanpa prosedur setelah senarai sedia ada dirombak sebanyak tiga kali, tanpa mendapat persetujuan akar umbi.

Sumber Pas cawangan Alor Mengkudu berkata, senarai baru itu didakwa dirombak bagi mencantas atau membunuh karier politik pemimpin tertentu yang dilihat tidak sehaluan dengan Pesuruhjaya Pas, Datuk Seri Azizan Abdul Razak, dan perubahan itu dibuat oleh tangan-tangan ghaib dalam Pas Kedah.

“Prosedur memilih calon diamalkan sebelum ini, dengan meminta pandangan akar umbi, terutama kawasan dan cawangan. Panggil semua Dun dan Parlimen adakan pungutan suara dengan mengundi atas kertas, untuk dapatkan senarai calon pilihan sebelum ke Pusat,” katanya.

Menurutnya, senarai calon asal yang diperakui semua pihak itu dibuat dua tahun lalu.
“Senarai itu diubah oleh dua tiga tangan ghaib dalam Pas Kedah sebanyak tiga kali tanpa ikut prosedur, bermakna tidak sah. Pandangan akar umbi tidak diminta, hanya libatkan mereka untuk buat rombakan itu. Sebab itu saya kata ia senarai haram, senarai itulah yang ada pada Pusat sekarang,” katanya.

Sumber berkata, perubahan yang dibuat tanpa persetujuan akar umbi selain tidak dibincangkan dalam mesyuarat tertinggi parti adalah menyalahi prosedur.

“Kita ada tiga mesyuarat utama, iaitu mesyuarat harian negeri, mesyuarat politik dan perhubungan Pas negeri. Namun perkara itu tidak dibentang dan dibincangkan walaupun ada permintaan. Seolah pihak tertentu cuba elak untuk dedahkan senarai baru,” katanya.

Menurutnya, pihaknya bimbang perubahan itu didorong oleh agenda peribadi pihak tertentu yang tidak menyenangi pemimpin yang dikaitkan dengan golongan pemberontak.

Jumaat lalu, Azizan menafikan Pas Kedah menyerahkan senarai baru kepada Pusat dengan mengetepikan calon-calon yang dilihat menentang Azizan termasuk mereka yang mahu menjatuhkan beliau sebagai Menteri Besar.

Antara yang dikaitkan ialah Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Phahrolrazi Zawawi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Kedah; Datuk Dr Ismail Salleh (Exco); Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib (Exco) dan Datuk Dr Mohd Hayati Othman (Ahli Parlimen Pendang).

Difahamkan, Phahrolrazi akan ditukarkan dari Dun Pengkalan Kundor ke kerusi Parlimen Jerlun, manakala Ismail dan Hamdan digugurkan, termasuk Mohd Hayati kerana memberi laluan kepada Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu.

Sumber menyifatkan sebarang perubahan yang tidak mendapat restu akar umbi hanya merugikan parti kerana dibimbangi berlaku undi protes.

“Bila tidak dibawa bincang, peringkat bawahan tidak puas hati dan protes. Bimbang Pas hilang undi dalam PRU13 kelak,” katanya.

Katanya, seeloknya sebelum kata putus dibuat di peringkat Pusat, negeri perlu turun padang menyelami pandangan akar umbi.

“Kita tiada masalah jika berlaku perubahan calon di saat akhir, cuma ia perlu dibuat ikut prosedur,” katanya.

SUMBER 

Nota admin: Mungkin ini suatu tindakan memastikan individu yang berkualiti menjadi calon untuk menjadikan pentadbiran negeri lebih berkesan di masa depan? Jika benar, sokong 100%!

*******************************************************

Atau kisah di atas ada kaitan dengan kisah di bawah?

oleh: TG Abu Nawas


ULAMA TOLAK ANWAR IBRAHIM


Setelah kekalahan Jepun dan di halau keluar dari Semenanjung Tanah Melayu, Rakyat negara ini sepatutnya telah pun mendapat kemerdekaan sebenar di mana kemerdekaan yang tidak di pengaruhi oleh mana mana negara imperialis tetapi kemerdekaan rakyat ini telah gagal kerana talibarut Inggeris iaitu Sir Onn Jaafar telah mengagalkan kemerdekaan ini dan menjemput tuannya British untuk datang menjajah semula Tanah melayu.

Menurut talibarut besar Inggeris ini Orang Melayu hendak buat jarum pun tak tahu, inikan pula hendak memerintah negara.

Sebenarnya Sir Onn Jaafar di samping menjadi barua kepada british dia juga merasa amat bimbang kepada kemerdekaan rakyat ini lebih lebih lagi yang bakal menjadi Perdana Menteri pada ketika itu adalah Dr Burhanudin al Helmi atau pun Ibrahim Yaakop.

Maka haruslah di ingatkan bahawa sejarah kemedekaan rakyat yang telah di gagalkan oleh barua penjajah yang bernama Sir Onn Jaafar ini sudah pasti akan berulang. Di saat rakyat sedang hampir pada kemerdekaan yang sebenar dengan kesatuan yang amat kuat untuk menjatuhkan Umno hari ini telah wujud individu yang mempunyai roh Sir onn Jaafar.

Individu ini mengunakan nama agama dan bangsa untuk meneruskan kesinambungan penjajahan yang telah di warisi oleh Umno. Amatlah malang sekiranya orang yang cuba mengagalkan kemenangan rakyat ini adalah dari kumpulan yang di gelar ulama.. mereka bercakap tentang kehebatan islam. Mereka berbicara tentang perancangan Allah yang maha mengetahui tapi di sebaliknya mereka mereka ini sebenarnya tidak yakin dengan janji Tuhan.

Mereka lebih rela umno terus memerintah sebagaimana khianatnya Sir  Onn Jaafar pada satu ketika dulu terhadap rakyat tanah Melayu. Jika Sir  Onn Jaafar takutkan Dr Burhanudin menjadi Perdana Menteri mereka ini pula amat takut anwar Ibrahim menjadi perdana Menteri.

Sebenarnya mereka bukannya takut tapi dalam hati mereka penuh dengan sifat iri hati kepada orang lain lalu mereka sanggup mengunakan ugama untuk mengagalkan kemenangan rakyat kali ini.

Ingatlah jika sekali ini rakyat terus gagal untuk menjatuhkan umno Bn maka kita perlukan 50 tahun lagi untuk itu.

Ini kalilah....

Tiada ulasan: