MB: 'Potong telinga saya jika DAP menang Bentong'
Menteri
Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob percaya loji Lynas merupakan isu
di Kuantan sahaja dan tidak akan menjejaskan peluang BN di Pahang dalam
pilihan raya umum akan datang.Beliau memberi contoh kawasannya di Bentong yang menurutnya tidak boleh dimenangi DAP.
"... DAP tidak boleh menang di Bentong. Tidak boleh menang. Jika DAP menang di Bentong, anda potong teliga saya, saya terjun Sungai Pahang. (DAP) tidak boleh menang," katanya. Selanjutnya
Wong Tack calon DAP Parlimen Bentong
12 March 2013
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pemilihan Wong Tack itu dipersetujui sebulat suara semua Jawatankuasa Pemilihan DAP yang dianggotai beliau sendiri, Pengerusi DAP, Karpal Singh, Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Tan Kok Wai.
“Pemilihan Wong Tack tidak timbul soal pertindihan calon dengan PKR yang bertanding di Parlimen Bentong pada Pilihan Raya Umum 2008 kerana pemilihan Wong turut mendapat persetujuan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP, di sini, hari ini.
Hadir sama pada sidang media itu ialah Bekas Ketua Penerangan UMNO Bahagian Pekan, Datuk Ariff Sabri: Timbalan Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP, Vincent Wu: Pengerusi DAP Pahang, Leong Ngah Ngah; Setiausaha DAP Pahang, Choong Siew Onn; Bendahari DAP, Fong Kui Lun, Setiausaha Organisasi DAP, Antony Loke Siew Foke dan Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.
Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, Wong Tack adalah anak jati Bentong itu yang menentang `gergasi’ Barisan Nasional (BN) daripada MCA yang juga Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai yang memenangi kawasan itu sejak Pilihan Raya Umum 1999.
Himpunan Hijau adalah gerakan massa yang memperjuangkan isu alam sekitar dan antara lain mendesak kuat agar loji memproses nadir bumi Lynas di Kuantan, Pahang ditutup kerana membahayakan kesihatan penduduk.
“Wong Tack akan diperkenalkan sebagai calon kepada pengundi di Bentong dan akan mengadakan kempen bagi memastikan DAP mencipta sejarah memenangi Parlimen Bentong yang menjadi tradisi parti itu.
“Jika DAP dapat tumbangkan Timbalan Pengerusi MCA itu di Bentong, yang merupakan kubu kuat BN, bermakna PR juga akan berjaya menawan Putrajaya.
“DAP memilih bertanding di Bentong bukan bertujuan untuk memotong telinga Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob, tetapi PR serius untuk menawan Pahang dengan matlamat untuk menutup kilang Lynas demi kepentingan alam sekitar,” katanya.
Pada PRU 2008, Liow menewaskan calon PKR, G Ponusamy dengan majoriti 12,549 undi.
Guan Eng berkata, DAP mencapai satu persefahaman bersama dengan Himpunan Hijau iaitu sebuah organisasi yang memperjuangkan alam sekitar yang dapat menyatukan tenaga untuk menumbangkan BN. – Roketkini.com
1 ulasan:
Aku x dpt bayangkan Adnan Yacob tanpa telinga. Masa tu mesti dia simpan rambut panjang.. perhhhh mesti macho cam mat rock. Kalau PR menang PRU13, dah boleh tukar kerja dari MB kepada pemuzik rock joint Amy Search atau Awie.
Catat Ulasan