Aku sampai sekarang tak faham PAS ni. Sikit2 PAS Pusat. Bubar DUN tu kuasa MB la! haiya!
Bubar DUN: Azizan tunggu isyarat PAS pusat
Kerajaan PAS Kedah akan menunggu isyarat PAS Pusat berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN).
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata setakat ini pihaknya
masih belum menerima sebarang isyarat mengenai tarikh membubarkan DUN.
"Saya tak dapat isyarat apa lagi daripada Kuala Lumpur. Saya tunggu
isyarat daripada PAS Pusat," katanya kepada pemberita apabila diminta
mengulas kenyataan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa kerajaan negeri
pimpinan pembangkang perlu dibubar serentak dengan Parlimen.
DUN Kedah akan bubar secara automatik pada 5 Mei ini.
- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan