Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

20 Mac, 2013

Anwar Ibrahim calon parlimen Bukit Gantang?


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibahim berkemungkinan akan meninggalkan kerusi Parlimen Pauh untuk ditandingi dan akan memilih salah satu daripada mana-mana kerusi di Perak mahupun Selangor.




 Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibahim berkemungkinan akan meninggalkan kerusi Parlimen Pauh untuk ditandingi dan akan memilih salah satu daripada mana-mana kerusi di Perak mahupun Selangor.

Anwar dalam pengumumannya hari ini bagaimanapun masih tidak menamakan calon yang bakal menggantikannya di kerusi tradisinya itu.

“Saya belum buat keputusan kerana ada cadangan yang meminta saya turun (bertanding) di Perak atau Selangor.

“Tetapi saya sedang menimbang untuk turun ke Perak,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di sini.

Ketika ditanya pemberita Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar akan menggantikannya di kerusi berkenaan, Anwar (gambar) berkata anaknya itu sedang berusaha di kawasan tersebut dan tiada sebab untuk “mengacau” Nurul Izzah.

“Dia (Nurul Izzah) sedang fokus di Lembah Pantai, apa pasal kita nak kacau dia.

“Biar (Datuk) (Raja) Nong Chik seorang kacau dia sudahlah,” katanya lagi.

Kerusi Permatang Pauh menjadi milik Ketua Umum PKR itu menerusi pilihan raya kecil pada Ogos 2008 selepas dikosongkan oleh isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Anwar juga turut mengumukan pada sidang media hari ini lima calon PKR yang bakal bertanding di Sarawak.

Mereka terdiri daripada Baru Bian (Limbang), Ali Biju (Saratok), Roland Engan (Baram), Abun Sui (Ulu Rejang) dan Abang Zulkifli Abang Engkeh (Batang Lupar). - Malaysiainsider

********************************************************* *********************

Fair and square la Anwar Ibrahim jadi calon parlimen Bukit Gantang jika berita dibawah diambilkira. Tak gitu? hahaha


*******************************************************************************

DS Nizar calon Changkat Jering

Teka-teki siapa calon Dun Changkat Jering bagi PRU13 terjawab apabila diumumkan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin bertanding di situ.

Pengisytiharan tersebut dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussain dalam satu program ceramah di Kampung Air Kuning, Changkat Jering, dekat sini malam tadi.
 
Pemimpin PAS negeri yang hadir sama dalam majlis itu ialah Timbalan Pesuruhjaya, Razman Zakaria; Setiausaha, Dr Muhaimin Sulam; Ketua Pemuda, Ustaz Zawawi Hassan; Timbalan Ketua Muslimat, Rohaya Abu Bakar; wakil Dewan Ulamak, Ustaz Sidek Noor dan Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS, Beh Heng Kin.

Ustaz Abu Bakar berkata, ia adalah keputusan Badan Perhubungan PAS Perak dan telah dimaklumkan kepada PAS Pusat.

Katanya, pilihan Mohammad Nizar  yang juga mantan Menteri Besar Perak adalah keputusan yang terbaik memandang beliau sudah lama berkhidmat di kawasan tersebut.

"Mohammad Nizar sudah dikenali dan karektornya telah diterima baik oleh pelbagai lapisan masyarakat yang kebetulannya beliau ketika ini menyandang Ahli Parlimen Bukit Gantang.

"Saya yakin keputusan yang dibuat ini adalah tepat," katanya.

Mengenai Dun Pasir Panjang yang ketika ini disandang oleh Mohammad Nizar, Abu Bakar menjelaskan, PAS Perak telah mengenal pasti calon yang sesuai dan akan diumumkan dalam masa yang terdekat.
 
"Ya, PAS Perak sudah kenal pasti calon yang sesuai, insya Allah dalam masa yang terdekat kami akan mengumumkan," jelasnya.

Tiada ulasan: