Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

28 Mac, 2013

Sebab musabab negara kita masih di level taik!




Agama, Tanah, Sultan dan Perkauman



 Ahli-ahli politik mula berpolitik dengan menggunakan isu-isu seperti isu agama, tanah, sultan/raja dan perkauman.

Apakah ini semua pada saya?

Agama, saya beragama Islam. Saya pada hari ini tidak ada cuti untuk bersolat Jumaat seperti orang Kristian dapat cuti pada hari Ahad. Di Malaysia, jika anda dilahirkan di Kuala Lumpur seperti saya, anda akan bekerja pada hari Jumaat. Apakah bezanya? Jika agama rasmi Malaysia ditukarkan kepada agama yang lain? Jika ditakdirkan kerajaan hari ini mengiktiraf Jumaat sebagai hari cuti dan Ahad sebagai hari bekerja, siapakah yang mampu bercuti pada hari Jumaat itu? Kuli seperti saya mesti bekerja pada setiap hari dan cutinya tak tentu hari (mana-mana sehari dalam seminggu, tak boleh pilih dan tak tentu harinya). Tapi satu natijah (kesimpulan) nya, jika agama itu kuat di dada, badan dibakar api pun masih kekal syahadah dan tidak berganjak sedikit pun. Tak perlu undang-undang membantu kita untuk memelihara agama kita, cukup dengan kekuatan iman di dada. Letaklah saya di Vatican City sekali pun, saya tetap seorang Muslim.

Tanah, saya hidup sekadar menyewa katil atau pun berkongsi bilik di Singapura. Jika di Malaysia, saya boleh sewa satu apartment. Bukan nama beli. Namanya sewa. Nak beli tak mampu. Kalau beli rumah pun, tak berbaloi. Rumah mampu milik tak berupa rumah, tak ubah seperti sarang burung merpati. Ya! Malaysia juga ada sarang burung merpati yang sama seperti di Singapura. Malaysia dan Singapura ini ibarat adik-beradik. Cuma Singapura punyai lebihan wang, manakala Malaysia kekurangan wang akibat pembaziran dan laci terbuka. Isu tanah takkan beri apa-apa impak pada saya. Kenapa saya nak ambil peduli hal tanah sedangkan saya tak ada seinci tanah yang dimiliki saya? Nak rembat tanah Melayu? Rembat sajalah, bukan tanah saya. Masuk mahkamah pun bukan boleh menang kes. Nak tahu apa itu rumah/tanah buat saya baca di sini.

Sultan/raja? Saya tak perlu huraikan mengenai susuk ini. Saya hilang hormat pada pemimpin yang tak berjiwa rakyat. Senang cerita, pergi belajar daripada Sultan Brunei.

Perkauman. Saya tak sukakan perkauman. Memang perkauman wujud di Singapura pun. Malaysia dan Singapura lahir daripada semangat perkauman. Mungkin kalau tak nak perkauman sekali pun, kita akan kena juga dengan tempias atau calitan tahi perkauman. Cuma apa yang boleh kita lakukan ialah kita pergi ke negara yang kurang perkauman. Perkauman memang menjijikkan. Ia boleh menimbulkan rentetan demi rentetan. Hari ini Melayu bersifat perkauman, esok bila kaum yang dizalimi naik takhta, siaplah Melayu. Seronokkan? Main-main benda perkauman ini?

Bila tiba pilihanraya isu agama, tanah, sultan/raja dan perkauman dimainkan. Ini semua merugikan kita. 

Kecurian telah berlaku. Kita nak tangkap pencuri. 

Tapi pencuri itu melekakan kita dengan isu agama. Bayangkan motor anda dicuri. Anda nampak pencuri yang dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata, "Pergilah tangkap pencuri lain yang bukan Islam, sebab saya pencuri seIslam dengan kamu. Saya hari-hari mengaji Al-Quran".

Pencuri itu juga melekakan kita dengan isu tanah. Bayangkan tanah anda dicuri. Anda nampak pencuri yang dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata, "Pergilah tangkap pencuri lain, sebab saya curi tanah kamu sekejap saja, kemudian saya jual pada pencuri lain. Bukan saya yang jahat".

 

Pencuri itu menambahkan kelekaan kita dengan isu sultan/raja. Bayangkan wang anda dicuri. Anda nampak pencuri yang dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata, "Pergilah tangkap pencuri lain yang bukan sultan/raja, sebab saya memang pencuri dan juga sultan/raja kepada kamu".

Pencuri itu juga cuba lekakan kita dengan isu perkauman. Bayangkan barang-barang anda dicuri satu kumpulan yang terdiri daripada pelbagai kaum yang diketuai seorang Mamak. Anda nampak pencuri yang dimaksudkan itu. Anda nak tangkap dia. Tapi dia kata, "Pergilah tangkap pencuri Melayu, India dan Cina, sebab saya Mamak seMelayu dengan kamu. Saya Mamak Melayu baru tau, lebih suci daripada Melayu biasa. Tak mungkin saya yang mencuri barang kamu. Tapi nak tangkap Melayu tangkap sikit-sikit sudahlah. Lain-lain yang bukan Melayu itu tangkap lebih sikit pun tak apa. Tapi yang penting jangan sekali-kalilah tangkap saya . Saya cuma berdiri di tempat kejadian sahaja, selebihnya saya lupa".


Tiada ulasan: