Padan muka kena kencing tuan hang! |
MB Selangor heret bekas Pesuruhjaya SPRM ke mahkamah
KUALA LUMPUR, 2 April — Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini memfailkan kertas pendakwaan ke atas Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, menuduh bekas Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tersebut enggan menuruti perintah mahkamah melibatkan kes siasatan rasuah pada tahun 2009 lalu.Abdul Khalid telah menang kesnya dan hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Lau Bee Lan pada 18 Mac lalu mengarahkan Ahmad Said dan agensi kerajaan tersebut meminta maaf di mahkamah terbuka dan mengeluarkan kenyataan maaf dimuka hadapan dua akhbar berbahasa Inggeris, The New Straits Times dan The Star dalam tempoh empat hari daripada perintah tersebut.
Walaubagaimanapun, kedua-dua defendan Ahmad Said dan agensi tersebut tidak mengeluarkan sebarang kenyataan maaf dimuka hadapan dua akhbar berbahasa Inggeris tersebut.
Pemimpin PKR tersebut menerusi peguamnya Sankara Nair telah memfailkan permohonan untuk mendapata kebenaran menyebut Ahmad Said dan kerajaan Malaysia kerana melanggar perintah Mahkamah di pejabat pendaftaran Mahkamah Tinggi pagi ini.
Untuk menyokong afidavitnya, Khalid menegaskan ia bukan suatu yang mustahil daripada segi undang-undang kedua-dua defendan tersebut menyiarkan permohonan maaf didalam dua akhbar tersebut.
“Ia tidak mustahil daripada segi undang-undang, mereka telah lakukannya sebelum ini. Mereka boleh lakukannya tetapi mereka tidak lakukannya,” kata Sankara kepada pemberita disini.
Abdul Khalid telah memfailkan saman fitnah pada 27 April 2009 ekoran kenyataan Ahmad Said pada 20 Februari tahun sama yang mana dilaporkan media dengan mengatakan SPRM memiliki “bukti kuat” Abdul Khalid telah menyalahguna dana kerajaan untuk menyelenggara kereta peribadinya dan membeli 46 lembu korban bernilai RM10,400 untuk sambutan Hari Raya Korban pada 2008.
SPRM membersihkan Abdul Khalid daripada tuduhan tersebut pada Februari 2010 dan tidak pernah mendakwa menteri besar Selangor itu.
Pada 19 Mac, Ahmad Said membaca kenyataan maafnya di mahkamah: “Saya, Datuk Seri Panglima Ahmad Said bin Hamdan, secara ikhlas meminta maaf kepada Tan Sri Abdul Khalid bin Ibrahim, atas kenyataan saya pada 21 Februari 2009 yang telah dilaporkan media.
“Kenyataan tersebut dibuat atas kapasiti saya sebagai ketua SPRM pada ketika itu. Ia dibuat bagi menjawab soalan yang ditanya kepada saya oleh wakil media terhadap perkembangan siasatan SPRM keatas Abdul Khalid,” tambah beliau.
“Saya membuat kenyataan tanpa niat tidak baik dan tanpa sebarang niat untuk menjejaskan reputasi, imej dan integriti plaintif.”
Sankara juga menerangkan pada 26 Mac lalu, tiga hari selepas tamat tempoh untuk meminta maaf, pejabatnya menerima sepucuk surat daripada Pejabat Peguam Negara (AGC) untuk permohonan mengubah perintah mahkamah dan mendapatkan lanjutan tempoh tarikh untuk meminta maaf.
Peguam juga menambah perkara ini timbul walaupun beliau telah mematuhi aduan awal defendan yang mengatakan mereka masih belum menerima perintah yang dimerterai daripada keputusan mahkamah tentang kes tersebut sehari sebelum.
Beliau berkata telah memeterai perintah keatas defendan pada 25 Mac lalu, sekali gus memberi mereka lanjutan masa selama dua hari daripada tarikh akhir 23 Mac untuk memohon maaf.
“Jadi, mereka sepatutnya mematuhi pada 28 Mac... Tetapi, walaubagaimanapun mereka tidak, “ kata Sankara lagi.
Sankara turut menambah mengatakan pihaknya juga telah memfailkan afidavit jawapan pada hari ini terhadap permohonan daripada AGC untuk melanjutkan tarikh akhir dan bertentangan dengan perintah mahkamah.
“Apa yang mereka minta ialah lanjutan masa kerana mustahil untuk memenuhi tempoh masa itu... dan kedua, mereka mahu untuk mengubah perintah itu kerana ia tidak perlu berada dimuka hadapan - ia seharusnya berada di dalam mana-mana halaman,” katanya lagi.
Tetapi Sankara menjelaskan dalam afidavit dimana pihak defendan sudah bersetuju dengan perintah mahkamah sebelum ini dan sepatutnya membantah di hadapan mahkamah pada masa itu apabila keputusan itu dibuat.
Beliau menegaskan bahawa perintah mahkamah adalah “undang-undang munasabah” berasaskan dua sebab - kedua-dua akhbar The Star dan NST adalah milik kerajaan dan dalam kes berasingan pada 4 September 1998, pihak kerajaan telah pun menerbitkan afidavit permohonan maaf oleh Ketua Polis Negara Tan Sr Musa Hassan dihadapan semua akhbar utama.
“Jadi jelas, mereka boleh melakukannya, mereka mesti melakukannya, mereka mesti mematuhi ... ia tidak menghormati mahkamah.
“Oleh itu, saya terpaksa memfailkan permohonan untuk menyebut mereka sebagai menghina,” kata Sankara.
1 ulasan:
Kerjakan betul2 barua2 Umno ni.Kuasa mereka dah nak lingkup pun masih berlagak ego dan bongkak.
Catat Ulasan