Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 April, 2013

Panas nak hujan! UMNO Gopeng tolak Midah Taik Lalat!




UMNO gopeng tolak Hamidah jadi calon, kecewa sikap pegawai MB Hanafiah Man





 Saya Nordin Bin Abd. Hamid berasa sangat kecewa kerana pada 4 April
2013 Khamis jam 11.20 malam saya bersama 18 orang rakan-rakan dari
Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng dihalang untuk berjumpa Y.A.B. Dato'
Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir di kediaman beliau.

Alasan yang tidak munasabah diberikan oleh pegawai beliau En. Hanafiah
Man ialah Y.A.B. Menteri Besar baru sahaja masuk tidur dan tidak boleh
berjumpa sangat mengecewakan kami.

Hasrat saya dan 18 orang Jawatankuasa UMNO Bahagian Gopeng hanyalah
untuk menyampaikan keputusan Mesyuarat Khas Jawatankuasa UMNO Bahagian
Gopeng pada 29 Mac 2013 yang sebulat suara mencadangkan Ketua UMNO
Bahagian Gopeng sebagai calon N.43 Sungai Rapat dalam PRU13 ini.

Inilah sebenarnya sandiwara pemimpin UMNO Negeri yang langsung tidak
mahu mendengar rintihan dan cadangan pemimpin akar umbi.

Saya sebenarnya berasa amat kecewa atas tindakan En. Hanafiah Man yang
menghalang kami dari berjumpa dengan Y.A.B. Pengerusi Perhubungan UMNO
untuk merayu supaya Ketua Bahagian Gopeng Datuk Hamzah Mohd Kasim
diberi peluang bertanding di DUN N.43 Sungai Rapat.

Sekian harap mendapat perhatian dan pertimbangan sewajarnya daripada
Y.A.B. Dato' Seri DiRaja.

Terima kasih,

Nordin bin Abd. Hamid
AJK UMNO
Bahagian Gopeng






Tiada ulasan: