Sedari kuasa kita!

Sedari kuasa kita!

Pengikut

05 April, 2013

Samy Vellu lebih berani dari Mahathir!

Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini berkata Datuk Seri S. Samy Vellu merupakan calon yang boleh menang sekiranya dicalonkan untuk bertanding semula di Parlimen Sungai Siput dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bodek jutawan Samy Vellu untuk dana pilihanraya. Samy Vellu kalah takper. Janji duit masukkkkkk! kah kah kah!


KUALA LUMPUR, 5 April — Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel hari ini berkata Datuk Seri S. Samy Vellu merupakan calon yang boleh menang sekiranya dicalonkan untuk bertanding semula di Parlimen Sungai Siput dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Bagaimanapun, Palanivel berkata terpulang kepada Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak untuk memutuskan sama ada bekas presiden MIC (gambar) itu harus diberi peluang kedua untuk merampas semula kerusi itu.

“Beliau (Samy Vellu) adalah calon boleh menang,” kata Palanivel, yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri, kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti itu di sini.

Rabu lepas, Samy Vellu, yang juga Duta Khas Malaysia ke India dan Asia Selatan Bagi Infrastruktur, mengisytiharkan dirinya sebagai calon boleh menang andainya beliau dipilih untuk bertanding semula.

Samy Vellu, yang bertanding dan menang di kerusi Parlimen itu sejak 1974, gagal mempertahankannya pada pilihan raya umum 2008.

Beliau kalah kepada calon Parti Sosialis Malaysia menerusi Dr Michael Jeyakumar Devaraj dengan majoriti 1,821 undi. — Bernama

Gambar Hiasan. hahaha

Tiada ulasan: