oleh: Yong
X-FILE MALAYSIA: STATISTIK PERTUMBUHAN PENDUDUK YANG "ERRATIC" BUKTI KP "EXPRESS"?
Bolehkah?
Bolehkah kita anggap projek KP Mahathir ini tidak pernah wujud? Jawapannya sudah tentu tidak boleh. Kegiatan pengkihanat bedebah dalang KP segera ini begitu berleluasa sehingga warga Pakistan pun dikatakan mendapat MyKad segera.
Setakat ini pemimpin negara bungkam.
Cuba kita buat analisis berdasarkan statistik pertumbuhan penduduk ini:
SUMBER INDEXMUNDI DAN JAB. STATISTIK |
Seperti yang didakwa oleh Siti Aminah Mahmud, dia terlibat dalam
pemerosesan KP segera dalam tahun 1990 sehingga 1995, sebelum ditahan di
bawah ISA. Data di atas pula menunjukkan kadar pertumbuhan penduduk
Malaysia yang erratic (tidak menentu).
Dalam tahun 1990 dan 1993 pertumbuhan penduduk meningkat dengan mendadak
dari 2.42% menjadi 4.33%; iaitu pertambahan 752,000 penduduk.
Berdasarkan pertumbuhan penduduk pada tahun sebelumnya (jika tidak
berubah), kemungkinan besar, seramai 330,000 adalah warganegara segera.
Pilihanraya pada tahun 1990 dimenangi oleh PBS. Kegiatan KP segera
dilaksanakan selepas PRU8 untuk menjatuhkan PBS pada PRU9 tahun 1995.
Oleh kerana itu pertumbuhan penduduk meningkat dengan mendadak lebih dua
kali ganda pada tahun 1993 kepada 4.27% dari 2.08%, tahun sebelumnya.
Dalam tahun 1999, Malaysia mengadakan PRU10. Pada masa itu BN dicabar
dengan teruk, setelah Anwar Ibrahim dipecat, sehingga menyebabkan
Mahathir dipaksa meletakkan jawatan. Sekali lagi kadar pertumbuhan
penduduk berlaku dengan pesat pada tahun 2001, iaitu 3.17% berbanding
2.48% pada tahun 2000. Pak Lah menang bergaya pada PRU11. Ketika itu
juga semakin lantang tuduhan wujudnya pengundi hantu yang semakin
berleluasa.
Pertumbuhan penduduk mula menurun selepas tahun 2004, sehingga 1.31%
pada PRU12. Tetapi ia naik semula dalam tahun 2011 dan 2012.
Kenapa pertumbuhan penduduk di Malaysia berubah secara "erratic"
sedangkan kita tidak mengalami fenomina "baby boom" yang selalunya
berlaku selepas sesuatu malapetaka seperti bencana alam? Selain dari
itu, kadar kelahiran bagi setiap 1000 penduduk juga terus menurun.
Jadi, dari mana datangnya peningkatan kadar pertumbuhan penduduk tersebut?
Jadi, dari mana datangnya peningkatan kadar pertumbuhan penduduk tersebut?
Hanya satu jawapan kepada persoalan ini. Berlaku migrasi penduduk dari
luar negara. Migrasi ini pula diberi taraf sah dengan pemberian KP
segera.
Untuk makluman, kadar pertumbuhan penduduk berkait rapat dengan kadar pertumbuhan ekonomi negara. Bagi negara maju seperti UK ialah 0.7% setiap tahun. Sementara itu bagi negara membangun seperti India, 1.4% dan Indonesia, dalam lingkungan 1.9%.
Tidak logik pertumbuhan penduduk di Malaysia meningkat lagi setelah turun, tanpa kenaikan kadar kelahiran. Angka-angka ini tidak boleh menipu.
Bolehkan BN menafikannya?
NEGERI SABAH YANG KAYA, RAKYAT YANG DHAIF |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan